Lahad Datu: Pengganas Kian Tertekan

"Tiada tempat mahu lari" begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota polis dan angkatan tentera Malaysia mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

Anggota keselamatan mendapat terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan semenjak Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu. Misi anggota keselamatan kita semakin jelas dan tercapai untuk memusnahkan kesemua pengganas ini. Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera.

Menurut Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri.


pencerobohan di lahad datu

pencerobohan di lahad datu

Post a Comment

Terbaru Lebih lama