Identiti Komander Pengganas Dikenal pasti

Polis mengesahkan mayat Jeneral Pengganas Sulu yang terbunuh semasa bertempur dengan anggota keselamatan negara pada 7 Mac lalu dikenal pasti sebagai Komander Musa atau turut dikenali sebagai Haji Musa.

Pengesahan dibuat oleh Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan. Identiti Komander Musa yang berumur  lingkungan 50-an ini dikenal pasti setelah bedah siasat dijalankan di Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata tiada pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan dengan penganas dalam tempoh 24 jam ketika sidang media sebentar tadi.


mayat pengganas lahad datu
Mayat Komander Musa   Credit: hmetro


Post a Comment

Terbaru Lebih lama