Seorang Perajurit Negara Gugur

Takziah buat keluarga Prebet Ahmad Hurairah Ismail atas kehilangan mereka sekeluarga. Prebet Ahmad Hurairah gugur di medan pertempuran setelah berlaku kejadian tembak-menembak antara pihak musuh dan pasukan keselamatan di Kampung Sungai Nyamuk semalam.

Difahamkan juga, seramai 2 orang musuh ditembak mati dan seorang cedera dan dilarikan oleh rakan mereka. Kejadian ini berlaku setelah Ops Daulat memasuki hari kelapan. Pertempuran yang berlaku ini bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 1.30 petang.

Manakala seorang lagi anggota keselamatan, Prebet Ahmad Farhan Ruslan terkorban dalam nahas jalan raya semasa mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat. 

Kedua-dua jenazah dijangkakan tiba di Lapangan Terbang Subang pada pukul 8 pagi tadi untuk diberikan penghormatan terakhir oleh perdana menteri dan menteri pertahanan serta pasukan keselamatan yang lain.



Post a Comment

Terbaru Lebih lama