Jenis - jenis Domain

Hari tu Mizz Aiza ada bertanya tentang beza domain dot MY dengan domain dot COM. Aku hanya jawab secara umum sahaja. Kali ini aku terang sedikit mengenai jenis-jenis domain yang ada. Domain ini dengan bahasa mudahnya ialah identiti atau "no plat" kepada sesebuah laman sesawang atau blog. Domain .COM, .NET, .ORG, .MY, .CC dan banyak lagi dikenali sebagai Top-Level Domains (TLDs).


Manakala domain percuma seperti .blogspot.com dan .wordpress.com merupakan  Second Level Domains (SLD).Kenapa dipanggil second level domain? Ini kerana selepas dot com telah ada nama lain. Sebagai contoh, blogspot.com , blogspot merupakan second level domain kepada .com yang merupakan top level domain.


Top level domains ini pula terbahagi kepada dua, gTLDs dan ccTLDs. gTLDs merujuk kepada generic top-level domains. Contohnya seperti domain .com, .net, .org, dan .info. Manakala ccTLDs pula merujuk kepada country code top level domains. Contohnya seperti, .my, .id, .sg dan sebagainya yang merujuk kepada sesebuah negara. Domain seperti ini memberitahu bahawa laman atau blog itu asalnya daripada negara itu.


Perbezaan gTLDs dan ccTLDs

Menurut Google, matlamat mereka ialah memberikan maklumat yang relevan berdasarkan carian pengguna. Contohnya, hasil carian di Malaysia mungkin berbeza dengan hasil carian di Indonesia atau Singapura.

1)  Jadi, kepada pemilik blog yang menggunakan gTLDs yang fokus kandungan mereka kepada sesebuah negara atau geografi kawasan tersebut, mereka perlu menyediakan maklumat kepada Google melalui webmaster tools seperti dibawah:


2)   Untuk pemilik blog menggunakan ccTLDs pula, tak perlu buat seperti diatas dan ccTLDs ini mempunyai 'geotarget' yang jelas.


3)   Domain (ccTLDs) ini lebih mahal jika dibandingkan dengan domain (gTLDs). Walau bagaimanapun, domain dot MY boleh didapati dengan harga murah serendah RM 30 di AsiaHost.


4)   Domain (ccTLDs) perlu didaftarkan mengikut perundangan sesebuah negara tersebut. Kalau di Malaysia ini perlu beri no IC kita serta maklumat lain.


5)  Domain (gTLDs) senang untuk di "set up".


Pada pandangan aku, gTLDs dan ccTLDs ini tidak mempunyai banyak perbezaan pun. Ada kekurangan yang dapat diatasi dan ada kelebihan masing-masing. Kehebatan sesebuah blog bukan terletak kepada top-level domain. Okey itu sahaja, harap membantu kepada yang ingin tahu. Sebarang soalan atau pendapat, boleh kemukakan di ruangan komen.

20 Ulasan

Terbaru Lebih lama