Apa yang Terjadi Jika Malas?

Apa yang terjadi jika kita Malas?

1) Sudah semestinya banyak kerja kita tergendala.

2) Kita tidak akan bermaya dan bersemangat untuk melakukan sesuatu.

3) Banyak masa dihabiskan dengan membuang masa dan melakukan perkara tidak berfaedah.

4) Banyak masa dihabiskan untuk tidur.



Apa yang terjadi jika kita Malas Belajar?

1) Keputusan peperiksaan teruk.

2) Kita menjadi seorang yang rugi kerana tidak berilmu.

3) Masa depan kita makin gelap kerana dunia makin mencabar dan memerlukan tenaga mahir dan berilmu.

4) Sentiasa mendengar leteran ibubapa dan guru.

5) Kita menjadi golongan yang menyesal kerana masa belajar kita telah dihabiskan dengan perkara yang tidak sepatutnya.



Apa yang terjadi jika kita Malas Bekerja?


1) Tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan.

2) Mempunyai kehidupan yang lebih sukar berbanding mereka yang rajin bekerja.

3) Tidak disukai oleh rakan-rakan sekerja.

4) Mula mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan melakukan perkara yang dilarang seperti menipu, berjudi, menyertai skim cepat kayap dan lain-lain lagi.

5) Kehidupan ketika akan susah kerana tiada wang simpanan dan bakal menginap dirumah kebajikan atau rumah orang-orang tua.



Apa yang terjadi jika Blogger Malas?

1) Jarang "update" entri.

2) Hanya "copy" entri orang lain.

3) Semakin kekurangan idea untuk menulis entri baru.

4) Malas untuk "blogwalking".

5) Apa lagi ek??


MALAS bukan satu penyakit tetapi suatu tabiat negatif yang kita gemar untuk membenarkannya mendiami diri kita. Bangsa Melayu popular dengan sikap MALAS tetapi alangkah bagusnya kita berjaya mengubah persepsi itu dengan menunjukkan Melayu Boleh berubah menjadi RAJIN.


15 Ulasan

Terbaru Lebih lama