MyKad Smart Shopper

Ramai ke dah tahu tentang MyKad Smart Shopper ni? Aku rasa mesti ramai tak tahu lagi kan? Aku pun baru pertama kali dengar mengenainya. Kalau yang dah tahu tu, baguslah. Kalau yang belum tahu, mari aku ceritakan sedikit mengenai MyKad Smart Shopper ni.


Apa itu MyKad Smart Shopper ?

MyKad Smart Shopper ini merupakan satu projek yang hampir sama dengan program reward yang lain seperti kad Bonuslink, Jusco, Petronas, Tesco dan banyak lagi yang mana apabila kita membeli, kita akan mendapat point dan diskaun. Apa yang membezakan MyKad Smart Shopper (MSSP) ini ialah pelanggan hanya memerlukan MyKad mereka untuk berbelanja.


Kelebihan MyKad Smart Shopper

1)  Pendaftaran Percuma
2)  Tiada tarikh luput keahlian
3)  Nikmati Diskaun Segera & Rebate Tunai
4)  Boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan IC/MyKad.
5)  Perolehi mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah  ( RM 1 = 1 Point AJ)
6)  Tiada kad tambahan ( hanya gunakan MyKad)

Banyak juga syarikat/kedai yang sudah menyertai projek ini, boleh semak senarainya syarikat yang dah sertai di sini.

Projek MyKad Smart Shopper  ini dikendalikan oleh syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan MDEC. Projek ini bakal dikembangkan ke negara-negara ASEAN dan Indonesia telah pun menunjukkan minat untuk membangunkan sistem ini di negara mereka.

Itulah sedikit sebanyak mengenai MyKad Smart Shopper ini.Semoga penerangan ini membantu menambahkan maklumat kita lagi.








Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , Pak Ya Homestay  ,  GSR2U.

9 Ulasan

Terbaru Lebih lama