Jika kita lihat, masalah atau isu pendatang asing
ini masih tidak berkesudahan walaupun pelbagai tindakan telah diambil.
Pelbagai serbuan sudah dilakukan, namun isu ini tidak juga selesai. Aku
ingin merungkai masalah ini dalam perspektif masyarakat atau rakyat
biasa. Kita semua maklum bahawa pendatang asing seperti rakyat
Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan banyak lagi datang ke Malaysia ini
kerana ekonominya yang baik dan peluang kerja yang banyak.
Keadaan Malaysia yang aman ini lebih menarik minat mereka,lebih-lebih lagi matawang kita lebih besar daripada matawang mereka. Kadang-kadang mesti kita pelik, kenapa ramai pendatang asing ini dengan mudah dapat berniaga di negara kita ni kan? Baru-baru ini juga ada dalam berita yang memaparkan serbuan yang dilakukan yang menunjukkan pendatang asing yang berniaga dan menyalah gunakan pas pelawat mereka.
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, pernah sekali aku membeli barang di kiosk di KL Sentral. Penjual di situ ialah warga Indonesia. Berlaku proses tawar-menawar. Jadi, dalam proses tawar-menawar itu, peniaga Indonesia ini menyatakan bahawa dia tidak boleh memberi harga yang lebih murah kerana kiosk itu bukan miliknya. Aku bertanya, siapakah pemilik sebenar kiosk ini? Dia menjawab, orang Melayu, ada di rumah.
Dalam kes atau cerita yang kedua, diceritakan oleh seorang District Officer (DO) kepada mak aku, dia bercerita berkenaan isu pendatang asing yang dengan mudah dapat berniaga di negara ini. Suatu hari, gas di rumahnya habis. Jadi, beliau keluar mencari kedai yang menjual gas untuk memasak ini. Rata-rata kedai Melayu ketika itu tutup. Kemudian, beliau terpaksa membelinya di sebuah kedai yang peniaganya adalah warga Bangladesh. Pada kesempatan itu, beliau bertanyalah bagaimana warga Bangladesh itu dengan mudahnya boleh berniaga disitu. Warga Bangladesh ini menyatakan bahawa lesen berniaga itu bukan miliknya tetapi orang Melayu. Kiranya, dia hanyalah menyewa kedai itu daripada pemilik kedai sebenar yang merupakan penduduk tempatan.
Begitu jugalah kalau dilihat di Selangor. Contohnya di Hentian Kajang. Kalau diperhatikan, sangat banyak kedai runcit yang diusahakan oleh warga Indonesia. Walaupun sangat kecil. Aku pernah juga terfikir, bagaimana mudahnya mereka boleh berniaga? Mungkin cara yang sama seperti cerita di atas yang berlaku di sini. Terbaru, golongan gelandangan menyatakan bahawa mereka sukar mendapatkan pekerjaan kerana majikan tidak mahu mengambil mereka bekerja dengan memberi pelbagai alasan. Sebaliknya bagi pendatang asing, dengan mudahnya mereka mendapat pekerjaan.
Jadi, masalah sebenarnya adalah terletak pada masyarakat kita. Kita sebenarnya yang menjemput mereka ke dalam negara kita. Apabila kehadiran pendatang asing ini menjadi semakin ramai maka akan timbul pelbagai masalah.
Ini merupakan salah satu faktor, banyak lagi faktor lain yang turut mendorong mereka ke sini. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku pernah bekerja dengan rakan sekerja (bidang profesional) dari Myanmar, India dan juga Indonesia. Rata-rata mereka menyatakan, kita beruntung kerana Malaysia ini mempunyai banyak peluang pekerjaan.
Kalau diperhatikan, sebenarnya banyak masalah yang berlaku dalam negara kita dapat diselesaikan sekiranya rakyat negara ini mampu mengubah sikap mereka.

Catat Ulasan