Jerebu kembali melanda negara ini. Gelombang jerebu
kali kedua ini tidaklah sehebat gelombang pertama yang menyebabkan
banyak sekolah ditutup dan menganggu kehidupan seharian penduduk. Faktor
peredaran angin turut menyumbang kepada keadaan jerebu ini. Berdasarkan
laopran berita hari ini, sebanyak 173 titik panas diperhatikan di
daerah Riau, Indonesia. Kalau diikutkankan, 173 ini ialah satu jumlah
yang besar juga. Hampir sama dengan kejadian jerebu yang lepas.
Setakat ini 3 daerah mencatatkan IPU yang tidak sihat iaitu :
Bacaan sehingga jam 2.00 ptg (24/7/2013)
Setakat ini 3 daerah mencatatkan IPU yang tidak sihat iaitu :
| Kawasan | Bacaan IPU |
|---|---|
| Seri Manjung, Perak | 120 |
Nilai IPU / Status
0 - 50 / Baik
51 - 100 / Sederhana
101 - 200 / Tidak Sihat
201 - 300 / Sangat Tidak Sihat
301 - 500 / Berbahaya
0 - 50 / Baik
51 - 100 / Sederhana
101 - 200 / Tidak Sihat
201 - 300 / Sangat Tidak Sihat
301 - 500 / Berbahaya
Kita semua sedia maklum akan kesan jerebu ini kepada kesihatan kita. Jadi, penjagaan kesihatan yang bersesuaian harus diberi perhatian terutamnya kawasan yang terjejas.
Catat Ulasan