Sebab Doa Tidak di Makbulkan

Doa ialah senjata umat Islam. Umat Islam disarankan berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah SWT . Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan kepada kita. Ada hikmah disebalik ujian yang melanda diri kita.

Gambar Hiasan


Menurut seorang ahli sufi iaitu Ibrahim bin Adam, beliau didatangi seseorang dan kemudiannya bertanya kepada beliau “kami telah berdoa tetapi tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, pada hal Allah SWT sudah berfirman (yang bermaksud): ‘Berdoalah kamu sekalian kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan doamu itu’.

Maka, Ibrahim menjawab : Hal sedemikian kerana hati kamu mati.

Kemudian ditanya lagi: Apa yang menyebabkan hati menjadi mati?

Jawab Ibrahim, Ada 8 perkara yang menyebabkan hati menjadi mati iaitu:


1)  Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak melakukan.

2)  Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak amalkan ajaran-ajarannya.

3)  Kamu mengatakan,”kami menyintai Rasulullah SAW”,tetapi kamu tidak mengamalkan sunnah Baginda.

4)  Kamu mengatakan “takut mati”, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuknya.

5)  Allah SWT berfirman ertinya: “Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata, maka perlakulah ia sebagai musuh”. (Surah al-Fathir:6), tetapi sebaliknya kamu malah bersubahat dengan syaitan untuk membuat maksiat.

6)  Kamu mengatakan “takut neraka” tetapi kamu menganiaya diri sendiri dalam neraka.

7)  Kamu mengatakan “cinta syurga” tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

8)  Apabila kamu bangun dari tempat tidur, kamu melemparkan aib kamu sendiri ke belakang punggung (menyembunyikan aib) dan kamu membentangkan aib orang lain dihadapan kamu dan kamu membuat kemurkaan Allah SWT.



Marilah sama-sama kita semak diri kita, di mana ada kekurangan, kita perbaiki. Mana yang sudah baik, kita cantikkan lagi. Semoga hari-hari kita lebih baik.


sumber: Majalah Cahaya keluaran JAKIM.

8 Ulasan

Terbaru Lebih lama