Dalam dunia sekarang penipuan adalah makanan masyarakat. Demi
kepentingan dan kemewahan diri masing-masing seseorang itu sanggup
menipu. Mangsanya ialah mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam
pelaburan atau perkara tersebut, mereka yang sangat memerlukan wang,
mereka yang naif dan mereka yang mahukan kemewahan hidup.
Golongan-golongan ini lebih mudah ditipu apabila psikologinya telah
menjerumus ke arah itu. Walau bagaimanapun, kalau kita lihat, usaha
berterusan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau
mangsa-mangsa penipuan banyak membantu terutamnya dalam penyampaian
maklumat kepada masyarakat lain.
Kalau ada yang perasan, baru-baru ini ada iklan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang memberi tips kepada pengguna dan masyarakat untuk mengenali pelaburan atau apa-apa skim menipu. Daripada pengamatan aku, tips ini memang berguna kerana ia adalah asas untuk mengetahui skim atau pelaburan yang menipu.
Tips Mengenali Pelaburan Menipu:

T - Tidak akan rugi
I - Indah khabar dari rupa
P -Peluang hanya sekali
U - Untung besar.
Kalau
kita berpegang kepada 4 prinsip dalam tips ini, InsyaAllah kita tidak
akan mudah tertipu dengan janji-janji manis mereka yang hanya mahu
mengambil kesempatan atas diri kita. Sekarang ini, ramai yang sanggup
mempergunakan agama untuk tujuan penipuan mereka. Jadi, sebagai
masyarakat yang bijak, kita perlu sentiasa berhati-hati.
Banyak maklumat yang boleh diperolehi dalam laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malayasia ini.
Catat Ulasan