Tanda-tanda Anak Terkena Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau turut dikenali sebagai penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.



Cara Penularan / Jangkitan

  1. Sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti
  2. Sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.
  3. Sentuhan pada permukaan atau barangan yang tercemar dengan virus HFMD.


Tanda-tanda Anak Anda Terkena Penyakit HFMD

  1.  Demam
  2. Sakit kepala
  3. Hilang selera makan
  4. Ulser ditekak dan mulut 
  5. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin.



Langkah - langkah Pencegahan

  1. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD untuk mendapatkan rawatan.
  2. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pasaraya, sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan  sabun dan air bersih selepas ke tandas.
  4. Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.
  5. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka



Tanda-tanda Anak Terkena Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Tanda-tanda Anak Terkena Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Reviewed by Admin on Ogos 07, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.