Jenis dan Kesan Racun Berjadual dalam Kosmetik

Hari ini kita boleh lihat lambakan produk kosmetik dan ia semakin bertambah. Industri kosmetik dan kecantikan ini mempunyai pengguna yang sangat ramai dan antara perniagaan yang menguntungkan. Siapa tidak mahu cantik bukan?

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan didalam produk kosmetik yang merupakan racun kepada penggunanya.

Jom kenali racun-racun dan kesannya terhadap pengguna.

  1. Antara racun berjadual yang selalu digunakan dalam produk kecantikan ialah Hydroquinone, Tretinoin dan Merkuri.
  2. Hydroquinone dan Tretinoin - merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
  3. Hydroquinone - kosmetik yang dicampur bahan ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraviolet (UV) yang berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  4. Tretinoin - racun ini kebiasaannya diwar-warkan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa kawalan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
  5. Merkuri - merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Antara produik yang dikesan mengandungi Merkuri

Post a Comment

Terbaru Lebih lama