Ajaran sesat di Malaysia adalah bukan isu yang baharu. Ada kalanya ajaran-ajaran sesat ini sukar dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk di antara yang salah dan benar.
Menurut JAKIM, ajaran sesat boleh ditakrifkan sebagai “sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam. Sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah” [1].
Adakah pengamal ajaran sesat dihukum murtad?
Hukum yang menentukan seseorang pengamal ajaran sesat itu murtad atau tidak bergantung kepada tahap atau jenis kesesatan yang dilakukannya.
Menurut ulama, jenis kesesatan boleh terbahagi kepada dua iaitu [1]:
- Kesesatan yang mengkafirkan (bid’ah mukaffirah): Mengingkari sesuatu hukum syarak yang telah disepakati (ijmak), telah mutawatir serta sewajibnya dimaklumi dalam agama atau orang yang menyakini sebaliknya.
- Kesesatan yang tidak mengkafirkan (bid’ah ghair mukaffirah atau bid’ah mufassiqah): Kesesatan yang tidak menyebabkan kekafiran tetapi ia dihukumkan sebagai fasiq atau pelaku dosa. Kesesatan jenis ini tidak sampai merosakkan pokok-pokok keimanan, tidak membatalkan sesuatu hukum yang mutawatir dan sesuatu hukum yang sewajibnya dimaklumi dalam agama. Akan tetapi ajaran atau amalan ini tetap dikategorikan sebagai sesat dan menyimpang daripada kebenaran.
Senarai Kumpulan Ajaran Sesat
Berikut adalah beberapa kumpulan atau ajaran yang telah difatwakan sesat, menyeleweng dan bukan ajaran Islam oleh Majlis-majlis Agama Islam di seluruh Malaysia (rujukan):
- Syiah
- Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari
- Ajaran Tok Hussin Janggut atau Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
- Ajaran Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun)
- Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd)
- Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim
- Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir
- Ajaran Baha’i @ Bahai
- Ajaran Tal Tujuh
- Ajaran Islam Jama’ah
- Kumpulan Black Metal
- Tariqah Hasaniah
- Ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil’ Alamin (PERAHMAT)
- Golongan Anti-Hadith
- Ajaran Tok Mat Janggut (Muhamad bin Othman)
- Ajaran Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam
- Ajaran Nasrul Haq
- Ajaran Ahmadiah atau Qadiani oleh Mirza Ghulam Ahmad
- Ajaran Transcendentel Meditation
- Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahan Diri yang diajar dan diamalkan oleh Nasrul Haq, Al Watan, Budi Suci Sejati, Jawa Faradin, Silat sunda pukulan ghaib, Tusuk hikmat, Ilmu kebatinan, Potong maya, Naluru, Kaula, Haqqulah, Shahadah Rampai, Wali Suci, Kalimat Sakti, Silat pukulan jarak jauh, Ilmu tenaga hikmat, Zikir sha’ban, Islam Haq, Asal wujud, Garis Laksamana dan Al Ma’zat.
- Ajaran Aurad Ismailiah oleh Mahmud bin Hj Abd Rahman
- Ajaran Syed Muhamad Al Masyhor
- Ajaran Tuan Haji Uyut Utun
- Tariqat Mufarridah
- Ajaran Nordin Putih dan Kumpulan Ikhwan
- Tariqat Naqsyabandiah kadirun Yahya
- Ajaran Al-Quran yang menolak hadis oleh Abdul Manan Bin Harun
- Ajaran Roslan Katimun dan Ajaran Wali Sembilan
- Ajaran Syed Mutalib
- Ajaran dibawa oleh Puan Tijah atau Khatijah binti Ali
- Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
- Ajaran Haji Ghazali Bin Othman
- Ajaran Juruzon bin Abd. Latif
- Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak
- Ajaran Ayah Pin / Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau
- Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
- Fahaman Wahdatul Wujud
- Ajaran Syed Mohamad Al-Masyur (Al-Mas)
- Amanat Haji Abdul Hadi
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit
- Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab
- Ajaran Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal
- Ajaran Budi Suci
- Ajaran dan Pegangan Ahli Jemaah Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd
- Ajaran Cahaya Qursani
- Ajaran Hizb Al-Tahrir
- Ajaran Kumpulan Layar Bahtera
- Ajaran Agama Asalama
- Ajaran Panji Langit
- Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114
- Ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Fatihah oleh Zaman Bin Mohd Nor
Bagaimana Mengenalinya?
Kenapa Ajaran Sesat di Malaysia Ini Masih Mempunyai Pengikut?
- [1] Mohd Aizam Bin Mas’od. 2013. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, JAKIM.
- Anhar Bin Opir. Analisis Fatwa Berkaitan fahaman dan Pemikiran Agama. JAIS.

Catat Ulasan