Solat Tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Solat Sunat Tarawih ini boleh ditunaikan secara berjemaah atau bersendirian sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.
Hiasilah malam-malam pada bulan Ramadan ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran, berzikir dan lain-lain amal kebajikan.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu. - Riwayat Muslim
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukum menunaikan solat sunat Tarawih adalah sunat muakkad.
Sunat muakkad ialah sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan. Solat ini disunatkan untuk dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada setiap malam di bulan Ramadan sama ada secara berjemaah atau bersendirian.
Jumlah Rakaat
Solat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak 8 atau 20 rakaat. Iaitu setiap 2 rakaat dan 1 salam.
Di Malaysia, ada masjid atau surau yang mengerjakan sebanyak 20 rakaat dan ada juga yang mengerjakan sebanyak 8 rakaat. Bergantung kepada kemampuan diri masing-masing.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menjadi beban terhadap masyarakat Islam pada ketika itu.
Manakala pada zaman Khalifah Umar bin al-Khtatab r.a., beliau melaksanakan solat Terawih sebanyak 20 rakaat.
Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak lagi keberatan menunaikan solat sebanyak itu.
Cara Solat Sunat Tarawih
1. Lafaz niat
2. Bacaan surah bagi 20 rakaat
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat, dibaca pula surah tertentu. Bagi masjid-masjid atau surau yang mempunyai imam yang hafiz, kebiasaannya mereka akan bermula dengan surah al-Baqarah sehingga khatam al-Quran tersebut.
Namun, bagi orang awam, surah-surah lazim juga boleh dibaca. Contohnya seperti berikut:
a) Dari malam 1 hingga malam 15 Ramadan
Lazimnya tiap-tiap rakaat pertama selepas surah al-Fatihah dibacakan satu surah yang bermula dari surah at-Takaathur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah adalah seperti berikut:
- at-Takaathur
- al-Asr
- al-Humazah
- al-Fil
- al-Quraisy
- al-Ma’un
- al-Kautsar
- al-Kafirun
- an-Nasr
- al-Lahab
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas:

b) Dari malam 16 Ramadan sehingga akhir Ramadan
Lazimnya, sesudah membaca surah al-Fatihah, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibacakan surah al-Qadr.
Manakala bagi tiap-tiap rakaat kedua pula dibacakan surah seperti mana rakaat pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu:
Surah at-Takaathur hingga surah al-Lahab.
3. Bacaan surah bagi 8 rakaat
Bagi solat Tarawih yang dibuat 8 rakaat, bacaan surah-surah selepas surah al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat pertama dan kedua adalah seperti berikut:
a) Rakaat pertama
Surah at-Takaathur
b) Rakaat kedua
Surah al-Asr
Seterusnya menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat).
Bacaan selepas surah al-Fatihah
a) Rakaat pertama
Surah al-Humazah
b) Rakaat kedua
Surah al-Fil
Begitulah bagi rakaat-rakaat seterusnya (hingga rakaat ke-8) mengikut susunan surah-surah ini didalam al-Quran sehingga kepada surah an-Nasr.
| Rakaat | Bacaan Surah |
|---|
| Pertama (1) | at-Takaathur |
| Kedua (ke-2) | al-Asr |
| Ketiga (ke-3) | al-Humazah |
| Keempat (ke-4) | al-Fil |
| Kelima (ke-5) | al-Quraisy |
| Keenam (ke-6) | al-Ma’un |
| Ketujuh (ke-7) | al-Kafirun |
| Kelapan (ke-8) | an-Nasr |
4. Bacaan sebelum dan sesudah solat Tarawih
a. Sebelum solat Tarawih bermula, bilal dan makmum (jemaah) akan membaca:
Maksudnya: “Maha Suci Raja (Tuhan) yang disembah, Maha Suci raja yang ada sebenar-benanrya, Maha Suci Raja yang Maha Hidup yang tidak tidur, tidak mati dan tidak binasa sampai bila-bila, iaitu Tuhan yang Subbuh dan Quddus (yang teramat suci). Dialah Tuhan kita, Tuhan segala malaikat dan roh. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah YAng Maha Tinggi dan Maha Agung.”
b. Kemudian, bilal membaca:
ٍاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
c. Makmum (jemaah) menjawab:
ِصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْه
d. Bilal membaca:
ٍاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّد
e. Makmum menjawab:
ِصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْه
f. Bilal membaca:
ٍاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّد
g. Makmum menjawab:
ِصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْه
h. Seterusnya, bilal akan membaca:
i. Makmum menjawab:
j. Solat Tarawih dimulakan dua rakaat dan setelah selesai:
Bilal membaca:
Makmum dan bilal:
k. Bilal membaca selawat seperti huruf (f.) dan dijawab oleh makmum seperti di huruf (c.).
l. Seterusnya, selepas salam rakaat-rakaat ke-4, 8, 12, 16 dan 20, bilal bersama-sama makmum akan membaca ” Subhanal malikil ma’bud… seperti di huruf (a.).”
Kemudian bilal dan makmum membaca seperti di huruf b, c, d, e, f dan g.
m. Seterusnya, selepas salam bagi rakaat-rakaat ke-6, 10, 14, dan 18, bilal bersama makmum membaca bacaan seperti di huruf (j.). Bilal membaca selawat seperti di huruf (f.) dan dijawab oleh makmum seperti di huruf (c.)
Doa Selepas Solat Sunat Tarawih
Selepas selawat bagi rakaat-rakaat ke-4, 8, 12, dan 16, imam akan membaca doa berikut:

Sesudah selawat bagi rakaat ke-20 atau ke-8 (bagi Tarawih 8 rakaat), imam akan membaca doa berikut:
Solat Sunat Witir
Menurut kebiasaan umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.
1. Lafaz niat solat sunat Witir
Bagi dua rakaat pertama:
Bagi satu rakaat terakhir:
Pada malam 16 hingga akhir Ramadan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz bacaan Qunut ini adalah sama seperti mana Qunut solat Subuh.
2. Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah, bacaan surah-surah adalah seperti berikut:
a) Rakaat pertama
Surah al-A’la
b) Rakaat kedua
Surah al-Kafirun
c) Rakaat yang akhir
i. Surah al-Ikhlas
ii. Surah al-Falaq
iii. Surah an-Nas
Setelah selesai menunaikan solat sunat Witir, lazimnya di baca tahlil atau zikir seperti berikut:
(2x) يَا لَطِيْفُ يَا كَافِي يَا حَفِيْظُ يَا شَافِى
ُيَا لَطِيْفُ يَا وَافِى يَا كَرِيْمُ اَنْتَ الله
(لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (33
Zikir tahlil ini boleh dilakukan seberapa banyak yang disukai (33 kali, 100 kali atau lebih)
3. Bacaan doa
Setelah zikir atau tahlil selesai, imam membaca doa berikut:
Imam dan makmum membaca al-Fatihah.
Kemudian imam menyambung bacaan doa:
Demikianlah tatacara dan bacaan-bacaan dalam solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir. Panduan ini boleh digunakan semasa berjemaah atau dilakukan sendirian.
Cuma jika menjadi imam, maka ubahlah lafaz niat daripada ‘makmuman‘ kepada ‘imaman‘ atau tidak meniatkan kedua-dua jika solat bersendirian.
Rujukan:
Panduan Solat Terawih
JAKIM
Catat Ulasan